Victoria government logo

Three-Year-Old Kindergarten brochure - Malay

Kerajaan Victoria melaburkan hampir $5 bilion buat sedekad ini untuk memperkenalkan Tadika Usia Tiga Tahun bersubsidi untuk semua, yang kini boleh didapati di seluruh negeri.

Kerajaan Victoria melaburkan hampir $5 bilion buat sedekad ini untuk memperkenalkan Tadika Usia Tiga Tahun bersubsidi untuk semua, yang kini boleh didapati di seluruh negeri.

Ini bermakna satu tahun lagi untuk kanak-kanak Victoria belajar, membesar, bermain dan berkawan.

Menyertai program tadika yang bermutu dari usia tiga tahun dapat memperkukuhkan hasil pembelajaran, pertumbuhan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar tentang dunia sekelilingnya dengan cara bermain

Belajar sambil bermain merupakan cara belajar yang terbaik untuk kanak-kanak. Mereka berpeluang menggunakan imaginasi, membina kemahiran bahasa dan belajar tentang angka dan corak. Mereka juga belajar cara bergaul dengan orang lain, berkongsi, mendengar dan mengelola emosi.

Semua kanak-kanak di Victoria dapat menghadiri program tadika bersubsidi selama dua tahun.

Mulai tahun 2022, kanak-kanak di seluruh negeri akan mendapat manfaat dengan menghadiri program tadika bersubsidi sekurang-kurangnya lima jam setiap minggu. Jumlah jam akan bertambah menjadi 15 jam seminggu menjelang 2029.

Tidak kira di mana tadika anak anda, guru dan pendidik terlatih akan memimpin program ini.

Kanak-kanak boleh menghadiri program tadika sama ada di khidmat penjagaan sepanjang hari (long day care) atau di tadika tersendiri (standalone kindergarten).

Kanak-kanak kecil belajar tentang dunia sekeliling melalui permainan.

Mereka belajar cara bergaul dengan orang lain, berkongsi, mendengar dan mengelola emosi.

Dalam program tadika, kanak-kanak menggunakan permainan untuk membina kemahiran bahasa dan belajar tentang angka dan corak

Guru dan pendidik membantu kanak-kanak menjadi ingin tahu, kreatif dan berkeyakinan tentang pembelajaran

    • Tadika Tersendiri
      • Program Tadika - Kanak-kanak menghadiri program tadika mengikut jumlah hari dan waktu yang ditetapkan
    • Khidmat Penjagaan Sepanjang Hari
      • Program Tadika - Kanak-kanak menghadiri program tadika sebagai bahagian daripada khidmat penjagaan sepanjang hari
      • Pendidikan dan Penjagaan - Khidmat Penjagaan Sepanjang Hari menawarkan pendidikan awal dan penjagaan bagi kanak-kanak yang berusia dari 0 hingga 6 tahun

    Semua program tadika bersubsidi hendaklah memenuhi garis panduan keselamatan dan mutu yang dikembangkan sejajar dengan Kerangka Pembelajaran dan Pertumbuhan Awal Kanak-Kanak Victoria.

    Pusat penjagaan sepanjang hari boleh menawarkan pendidikan dan penjagaan sepanjang hari, termasuk program tadika. Program tadika yang dipimpin oleh guru digabungkan dengan waktu tambahan pendidikan dan penjagaan. Di khidmat tadika tersendiri, program tadika hanya dijalankan pada hari dan waktu tertentu, yang ditetapkan oleh khidmat tadika berkenaan.

    Pilihan yang mana untuk menghantar anak anda bergantung pada khidmat mana yang ada di komuniti anda, dan apakah yang paling sesuai untuk keluarga dan anak anda

  • Bertanyalah kepada khidmat tadika di kawasan anda tentang proses pendaftaran dan garis waktu mereka, dan kunjungi tadika dan kakitangan mereka. Untuk mengetahui tadika yang ada di kawasan anda dan cara memilih khidmat yang paling sesuai untuk keluarga anda, layari: How to choose a kindergarten

    Dengan memilih khidmat tadika yang bermutu, anda memastikan anak anda dapat memanfaatkan sepenuhnya masa di tadika. Anda dapat meninjau pentarafan mutu perkhidmatan dengan melayari: www.startingblocks.gov.auExternal Link

  • Kebanyakan khidmat tadika membuka proses pendaftaran pada tahun sebelum anak anda mula masuk tadika. Oleh itu, anda patut fikirkan pendaftaran apabila anak anda mencapai usia dua tahun.

    Keluarga dan penjaga yang mempunyai anak yang lahir antara Januari dengan April boleh memilih tahun mana untuk masuk Tadika Usia Tiga Tahun bersubsidi untuk semua. Keluarga mungkin memilih untuk memasukkan anak mereka pada tahun berikut supaya sesuai dengan usia masuk sekolah, sementara anak-anak lain pula berusia dua tahun apabila masuk tadika.

    Kanak-kanak yang lahir antara 1 Januari dengan 30 April layak menghadiri Tadika Usia Tiga Tahun sama ada pada tahun mereka mencapai usia tiga tahun atau empat tahun.

    Anak anda mungkin tidak boleh mengikutinya sehingga berusia tiga tahun, jika khidmat tadika tidak memenuhi nisbah pendidik berbanding kanak-kanak bagi anak yang berusia dua tahun.

    Kanak-kanak yang lahir antara 1 Mei dengan 31 Disember hanya layak menghadiri Tadika Usia Tiga Tahun pada tahun mereka berusia empat tahun dan Tadika Usia Empat Tahun pada tahun mereka berusia lima tahun.

  • Tarikh lahir kanak-kanak Ulasan 2020 2021 2022 2023 2024

    21 Dis 2016 - 30 April 2017

    Keluarga ada pilihan untuk mula bersekolah

    pada tahun 2022 atau 2023

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep) Gred 1 Gred 2

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep) Gred 1
    1 Mei - 20 Dis 2017*

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep) Gred 1
    21 Dis 2017 - 30 April 2018

    Keluarga ada pilihan untuk mula bersekolah

    pada tahun 2023 atau 2024

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep) Gred 1

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep)

    1 Mei - 20 Dis 2018*

    Tadika Usia 3 Tahun

    Tadika Usia 4 Tahun

    Permulaan (Prep)

    * Tarikh bulan Disember merupakan tarikh tutup Penggal 4 di sekolah kerajaan. Jika tarikh tutup Penggal 4 lebih awal di sekolah pilihan keluarga, gunakan tarikh itu.

    • Tadika atau pembekal khidmat tadika di kawasan anda, termasuk khidmat penjagaan sepanjang hari
    • Majlis tempatan kawasan anda atau jururawat kesihatan ibu dan anak
    • Hubungi Talian Parentline Jabatan Kesihatan (Department of Health –DH) 13 22 89
    • Emel 3yo.kindergarten@education.vic.gov.au

    Layari: Three-Year-Old Kindergarten

Reviewed 07 February 2022