Talian Hotline Pemulihan Banjir
Hubungi Talian Hotline Pemulihan Banjir(Flood Recovery Hotline) 1800 560 760 untuk mendapatkan bantuan:
- pelbagai perkhidmatan pembersihan
- mencari tempat tinggal
- kewangan, kesihatan mental dan sokongan lain.
Tekan 9 untuk khidmat jurubahasa.
Program pembersihan
Program pembersihan disediakan kepada semua orang yang terjejas banjir, tidak kira jika suatu bangunan dilindungi insurans.
Program ini termasuk:
- penilaian struktur percuma untuk hartanah dan tempat perniagaan yang terjejas
- pungutan sampah tepi jalan
Pemungutan serpihan sampah tepi jalan
Kami bekerjasama dengan majlis-majlis perbandaran tempatan untuk membuang sampah akibat banjir dari jalur alam semula jadi. Memungut sampah akibat banjir dan memastikannya dilupuskan dengan cara betul.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi majlis perbandaran tempatan
Sisa sampah yang akan dibuang termasuk:
- permaidani, perkakas elektrik, lekapan, perabot dan barangan rumahtangga yang telah rosak
- peralatan memasak dan bahan serta barangan yang berkaitan dengan perniagaan
- cecair dan barang buangan (dalam bungkusan, kotak atau bekas)
- sisa makanan dan sampah organik (dalam bekas).
Sila asingkan benda-benda ini jika boleh, dan tinggalkan mereka di jalur alam semula jadi anda sedia untuk dipungut.
Sisa sampah yang tidak akan dipungut termasuk:
- bangkai-bangkai binatang
- kereta, bot, karavan dan tangki airhujan yang melebihi 2,000 liter
- bahan-bahan berbahaya yang diketahui
Kami tidak akan memasuki rumah untuk memungut sampah. Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan akan mengawasi semua pelupusan sisa sampah.
Penginapan sementara
Penginapan sementara disediakan untuk orang-orang yang tidak dapat tinggal di rumah mereka akibat banjir.
Hubungi Talian Hotline Pemulihan Banjir (Flood Recovery Hotline) 1800 560 760 untuk penginapan sementara yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Penginapan sementara: Rochester
Penduduk tempatan dari Rochester boleh mendapatkan sokongan bantuan dan penginapan sementara di Elmore Event Centre (tapak Elmore Fields Days) yang terletak di 48 Rosaia Road, Burnewang VIC 3558. Tapak ini telah disambungkan dengan bekalan elektrik dan kumbahan. Pendaftaran diperlukan. Kami menggalakkan sesiapa sahaja dari Rochester yang mungkin memerlukan penginapan sementara, langkah pertama ialah mendaftarkan diri di Hab Komuniti Rochester yang terletak di Taman Rekreasi Rochester (Rochester Recreation Reserve Room). Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang bantuan terkini komuniti Rochester (Relief update for Rochester community).
Penginapan Kecemasan: Mickleham
Pusat Penempatan Pemulihan Nasional (The Centre for Nasional Resilience) di Mickleham menyediakan tempat penginapan kecemasan sementara untuk orang-orang yang tidak dapat pulang ke rumah mereka. Untuk membuat tempahan ke pusat tersebut, hubungi Talian Hotline Pemulihan Banjir 1800 560 760 atau kunjungi Pusat Bantuan Kecemasan tempatan anda. Anda tidak akan dibenarkan masuk terus ke Pusat Penempatan Pemulihan Nasional (The Centre for Nasional Resilience).
Kepada mereka yang tidak sesuai menumpang di pusat tersebut, penginapan lain akan disediakan, ini termasuk hotel, taman karavan dan pangsapuri perkhidmatan. Anda akan diberi tempat penginapan sementara yang paling sesuai dengan keperluan anda sewaktu anda menghubungi Talian Hotline Pemulihan Banjir.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Pusat Penempatan Pemulihan Nasional di Mickleham (Centre of National Resilience in Mickleham).
Penginapan sementara: Greater Shepparton
Sokongan bantuan perumahan segera dan jangka pendek juga tersedia untuk penduduk-penduduk Greater Shepparton yang telah terjejas teruk oleh banjir Victoria 2022. Mengajukan pertanyaan dan daftarkan minat anda di Hab Pemulihan Komuniti di 132 Welsford Street, Shepparton. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Penginapan sementara di Greater Shepparton (Temporary accommodation in Greater Shepparton).
Dapatkan bantuan
Bantuan Kewangan
Pembayaran, geran dan bantuan kewangan untuk orang ramai dan perniagaan yang terjejas akibat banjir Victoria 2022.
Untuk komuniti tempatan
Bayaran Bantuan Kecemasan
Bayaran ini adalah untuk bantuan segera, termasuk untuk makanan, tempat tinggal, pakaian, ubat-ubatan dan penginapan.
Mohon di sini: Pembayaran bantuan kecemasan – Borang permohonan dalam talian (Emergency relief assistance payment – Online application ) atau hubungi 1800 560 760 dan tekan 9 untuk khidmat jurubahasa.
Bantuan pembaikpulihan
Jika rumah anda telah rosak, musnah atau anda tidak boleh memasuki rumah anda lebih daripada 7 hari akibat banjir, bantuan pembaikpulihan semula tersedia.
Memohon dengan menghubungi Talian Hotline Pemulihan Banjir (Flood Recovery Hotline) 1800 560 760 (tekan 9 untuk jurubahasa).
Elaun Pemulihan Bencana Kerajaan Australia
Jika anda kehilangan pendapatan akibat banjir, bantuan pembayaran berterusan tersedia.
Mohon di sini: Banjir Victoria, Oktober 2022 – Elaun Pemulihan Bencana (Victorian Floods, October 2022 – Disaster Recovery )
Bayaran Pemulihan Bencana Kerajaan Australia
Pembayaran ini tersedia untuk membantu orang yang terjejas teruk akibat banjir Victoria.
Mohon di sini: Banjir Victoria, Oktober 2022 –Bayaran Pemulihan Bencana Kerajaan Australia (Victorian Floods, October 2022 – Australian Government Disaster Recovery ) atau hubungi 1800 560 760 dan tekan 9 untuk khidmat jurubahasa.
Untuk pelajar-pelajar
Keluarga pelajar-pelajar sekolah Victoria atau pelajar sekolah yang tinggal jauh dari keluarga mereka yang terjejas oleh banjir Victoria boleh mendaftar untuk meminta sokongan. Sokongan itu termasuk menggantikan barangan penting berkaitan sekolah (seperti pakaian seragam, komputer riba, dongle internet dan alat tulis) yang hilang atau rosak dalam banjir.
Untuk mendaftar, layari Borang Permohonan Sokongan Banjir untuk pelajar-pelajar sekolah Victoria (Flood Support Application Form for Victorian school ) atau hubungi 1800 560 760 dan tekan 9 untuk khidmat jurubahasa.
Untuk petani-petani / pengusaha pertanian dan pengeluar Utama
Pemulihan Banjir untuk Pengeluar Utama termasuk bantuan kos pembersihan dan pemulihan bagi pengeluar utama yang telah mengalami kerugian atau kerosakan langsung akibat banjir.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Pakej Pemulihan Banjir Pengeluar Utama Victoria (Victorian Primary Producer Flood Recovery ) atau hubungi 1800 560 760 dan tekan 9 untuk khidmat jurubahasa.
Untuk perniagaan dan sukan komuniti
Geran-geran perniagaan kecil
Geran pemulihan banjir untuk perniagaan dan sukan komuniti adalah untuk membantu organisasi yang layak bagi menampung perbelanjaan yang timbul daripada kerosakan harta benda, aset atau peralatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Geran Pemulihan Banjir untuk Perniagaan dan Sukan Komuniti (Business and Community Sport Flood Recovery ).
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Sokongan Kewangan kami (Financial Support )
Sokongan kesejahteraan
Adalah biasa jika mengalami reaksi negatif selepas sesuatu kejadian kecemasan. Terdapat bantuan untuk anda dan keluarga anda.
Berikut adalah beberapa perkhidmatan sokongan kesejahteraan yang boleh anda akses:
- Kunjungi Talian Hayat ( ) – atau hubungi 13 11 14 – untuk mendapatkan sokongan krisis, dibuka 24/7 melalui telefon, teks atau sembang dalam talian
- Kunjungi Talian ibubapa ( ) atau hubungi 13 22 89 – sokongan untuk ibu bapa dan penjaga
- Kunjungi Talian Bantuan Kanak-kanak (Kids ) atau hubungi 1800 55 1800 – sokongan untuk kanak-kanak, remaja dan belia.
- Akses Jururawat dalam Talian (NURSE-ON-CALL) – di 1300 60 60 24 – untuk mendapatkan infomasi dan nasihat pakar kesihatan
- Hubungi Persatuan Psikologi Australia untuk Perkhidmatan Rujukan (Australian Psychological Society Referral Service) – di 1800 333 497
- Layari Langkah Selamat (Safe ) atau hubungi 1800 015 188 – dibuka 24/7 untuk mendapatkan bantuan pakar mengenai keganasan rumahtangga.
- Layari Orange – perkhidmatan sokongan untuk orang-orang dewasa, kanak-kanak dan orang muda yang sedang mengalami keganasan rumahtangga
- Layari Hab Kesejahteraan dan Kesihatan Mental (Mental Health & Wellbeing ) – atau hubungi 1300 375 330 – untuk temu janji perjumpaan bersemuka atau secara melalui telefon (Telehealth) untuk sesiapa sahaja yang berasa terharu atau memerlukan sokongan mengenai kebimbangan kesihatan mental.
Untuk mendapatkan sokongan yang lebih lanjut, layarilah bantuan kesihatan mental dan kesejahteraan (Mental health and wellbeing ).
Jika anda memerlukan jurubahasa, hubungi TIS National di 131 450
Sokongan lain
Anda boleh mengakses sokongan dari sumber-sumber dalam bahasa Inggeris melalui pautan di bawah:
- Membuang sisa asbestos dengan selamat selepas – Jika anda membersihkan rumah anda selepas banjir, berhati-hatilah dengan asbestos. Jangan cuba mengendalikan sebarang bahan yang mungkin mengandungi asbestos.
- Bahaya dari bahan yang mengandungi
- Pulang ke rumah dengan selamat selepas
- Bahaya-bahaya yang berkaitan dengan haiwan dan
- Informasi mengenai kulapuk dan kesihatan
- Geran, nasihat dan sumber-sumber tersedia untuk
- Perkhidmatan sokongan untuk perniagaan
- Bantuan mencari peguam untuk isu berkaitan
Sukarelawan dan derma
Sukarelawan
Angkatan Pertahanan Australia (Australian Defence Force) dan Bantuan Bencana Australia (Disaster Relief turut membantu dalam kerja pemulihan banjir.
Jika anda ingin menjadi sukarelawan untuk membantu komuniti setempat, sila daftar melalui laman sesawang Bantuan Bencana Australia (Disaster Relief )
Derma
Jika anda ingin membantu mereka yang terjejas akibat banjir, anda boleh menderma melalui perkhidmatan derma bukan untuk keuntungan
Reviewed 06 January 2023